Pusat tahfiz yang terlibat dalam tragedi kebakaran asrama yang mengorbankan 23 nyawa baru-baru ini mendapat sumbangan mencecah RM 1 juta hasil sumbangan dari pelbagai pihak.
Harian Metro melaporkan, sumber pengurusan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berkata jumlah sumbangan yang disampaikan oleh orang persendirian, agensi kerajaan, swasta dan kumpulan individu itu mencecah RM1 juta selepas lima hari.
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyumbang dan prihatin atas tragedi yang berlaku ini.
"Ini jelas membuktikan rakyat Malaysia prihatin dengan tragedi kebakaran yang berlaku pada Khamis lalu yang mengorbankan 23 nyawa.
"Malah, ia juga sebagai satu petunjuk yang masyarakat masih meletakkan kepercayaan kepada institusi tahfiz di negara ini," katanya sebagaimana lapor portal berkenaan.
Difahamkan, sumbangan tersebut akan digunakan untuk pengurusan tahfiz berkenaan.
Sumber: Harian Metro
>>HOME<<
ARTIKEL LAIN :
"Sekolah Tahfiz Kemudahan Tak lengkap, Selalu Terbakar, Baik Tutup Saja", Ustaz Tahfiz Bagi Jawapan Terhadap Segala Cemuhan
'Terima Kasih Rakyat Malaysia' - Sumbangan Cecah RM 1 Juta Selepas 5 Hari
Posted by CB Blogger
Blog, Updated at: September 18, 2017
Harga RON95, RON97 dan Diesel Naik Minggu Ini
Harga petrol RON95, RON97 dan diesel akan mengalami kenaikan antara 2sen hingga 3 sen seliter bermula 12.01 pagi esok. Secara tepatnya, ...


0 comments:
Post a Comment