Hello & Welcome.. Thanks For Visiting Our Blog. Enjoys Any Way..

Semangat Baru! Boy Iman Sambung Semula Usaha Menjual Rumah..

Posted by

Seperti mana yang kita tahu, Mahkamah Majistret Kuantan menolak permohonan reman ke atas Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A Rahman atau Boy Iman. Berita ini membuatkan Yusuf Azmi dari PPIM terkejut kerana segala usahanya mahu Boy Iman dikenakan hukuman tidak menjadi realiti.


Walaubagaimanapun, hari ini Boy Iman bangkit meneruskan perjuangannya yang dianggap tiada salahnya di sisi undang-undang. Menerusi akaun instagram miliknya, Boy Iman memberitahu semangatnya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai CEO DBI Group tak pernah luntur.

“Hari pertama bekerja setelah cuti panjang, menjalankan tugas, tanggungjawab dan amanah sebagai Group Presiden CEO di syarikat DBI Group. Kembali mengetuai kapal perang DBI, Setelah melalui “tsunami” yg membuatkan jiwa saya dan team dbirians semakin besar, semakin kental, semakin kuat dan semestinya semakin dahagakan kejayaan”


Boy Iman turut meyakinkan orang ramai bahawa usahanya dalam perniagaan yang dijalankan akan terus mara.
“Insha-Allah, xde ujian dan dugaan yg kuat utk hamba-Nya yg kuat. Jalan terus dan mara tetap mara!”


Blog, Updated at: October 24, 2017

0 comments:

Post a Comment

Harga RON95, RON97 dan Diesel Naik Minggu Ini

Harga petrol RON95, RON97 dan diesel akan mengalami kenaikan antara 2sen hingga 3 sen seliter bermula 12.01 pagi esok. Secara tepatnya, ...

Popular Posts